Kajian Menunjukan Apabila Seseorang Kerap Lakukan Seks Ia Mampu Tingkatkan Kepandaian?

seks

Sebelum ini memang terdapat pelbagai penyelidikan mengatakan kekerapan pasangan suami isteri mengadakan hubungan seks dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi selain dapat membakar kalori tubuh badan.
Terbaharu, menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh pakar psikologi dari Universiti Maryland, Washington, mengadakan hubungan seks dengan lebih kerap dapat meningkatkan tahap kepandaian seseorang individu tersebut.
Menurut Dailymail UK, kajian yang dijalankan ke atas anak tikus menunjukkan selepas mengadakan hubungan kelamin, ianya meningkatkan saraf neuron yang terletak di dalam hippocampus di mana ianya merupakan bahagian otak yang bertanggungjawab menyimpan memori jangka panjang.
Dan selepas menghentikan aktiviti seksual, daya ingatan serta kepandaian mereka (anak tikus) mula menurun.
“Kami mendapati selepas membuat penyelidikan ini, walaupun terdapat penghasilan neuron baru, daya kepandaian akan menurun sekiranya mereka (bahan kajian) tidak mengadakan hubungan seksual dalam jangka masa yang lama,” kata pakar psikologi yang menjalankan kajian tersebut.
Oleh: AUDREY LEE