Ketahui Cara China Elak Murid Sekolah Rabun Pada Usia Muda.. Macam Mane Tu ?

Cara China Elak Murid Rabun Pada Usia Muda
Permulaan semester persekolahan baru menyaksikan sebuah sekolah berasrama, Sekolah Elementeri Zhanglin di Wuhan Xinzhou Zhucheng Street, China memasang penghadang besi di meja belajar murid-muridnya.

china-wuhan-school-desks-have-railings-to-prevent-student-near-sightedness-myopia-01

Pengetua Zhang Jianming menjelaskan, penghadang itu bagi mengelak murid terdedah pada masalah rabun kerana membaca pada jarak terlalu dekat.

china-wuhan-school-desks-have-railings-to-prevent-student-near-sightedness-myopia-02

Diharapkan selepas sudah terbiasa meletakkan buku pada jarak besi di meja mereka, lama kelamaan murid terbabit akan membina habit baik tentang jarak yang sepatutnya apabila membaca.

china-wuhan-school-desks-have-railings-to-prevent-student-near-sightedness-myopia-04

Agak-agak kalau dipraktikkan di Malaysia pun baik juga kan.
Apa pun, kadang-kadang masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak bukan disebabkan membaca pada jarak dekat sahaja tetapi juga kerana terlalu banyak menonton televisyen dan bermain game. Setuju? – REM RAMZI
Sumber: Chinasmack.com