Demi Sayangkan Cucu Seorang Datuk Telah Membuat Sendiri ‘Lamborghini' , sungguh Bermakna ?

Datuk Buat Sendiri 'Lamborghini' Untuk Cucu
Demi sayangkan cucu, seorang datuk dikenali dengan nama Guo di daerah Henan, China membina sebuah kereta elektrik khas untuk menghantar cucunya ke sekolah.
lamborghini2
Kereta yang kelihatan ala ‘Lamborghini’ dan dihasilkan dengan modal 500 Yuan (RM2700) itu nyata menarik perhatian ramai orang setiap kali dipandu di jalanraya.
lamborghini1
Berukuran kira-kira 2 meter panjang dan 1 meter lebar, kereta ini dilengkapi hampir kesemua aksesori kereta normal termasuk cermin belakang dan sisi serta stereo.
lamborghini3

Untuk menonjolkan karakter ‘sport’ pintu kereta ini dibina untuk dibuka secara menegak manakala badannya diperbuat daripada besi yang diperkemaskan berwarna kelabu.
lamborghini7
Tiga butang yang terdapat pada stereng digunakan untuk membunyikan hon serta mengawal kereta sama ada bergerak ke depan mahu pun belakang.
lamborghini4
Kereta menggunakan lima bateri ini dikatakan lasak tak padan dengan saiznya dan mampu digunakan untuk perjalanan sehingga 60 kilometer tanpa masalah.
lamborghini5
Bagaimanapun, mengikut undang-undang di China kereta ini hanya dibenarkan untuk dipandu pada kelajuan rendah sebagai kereta mainan.
Ini kerana kereta ‘Lamborghini’ ini tidak mempunyai sokongan parameter selain tidak menjalani pemeriksaan keselamatan mengikut prosedur ditetapkan bagi kereta komersial lain. - REM RAMZI
Sumber: Chinasmack.com