Kisah cinta seorang tukang paip di bandar Dongguan, China dan teman wanitanya bukanlah sebuah cerita yang biasa.
Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki yang dikenali sebagai Lian ini
bekerja di Zhang Mut Tao dan hanya memperoleh gaji beberap ribu yuan
sahaja setiap bulan.
Berbanding dengan kekasihnya, Liao, gadis ini datang dari keluarga yang
kaya dan mempunya kelulusan akademik yang tinggi dari luar negara.
Baru-baru ini pasangan kekasih ini menjadi tajuk berita utama dalam
akhbar-akhbar tempatan dan online apabila Lian berjalan dua kilometer
dengan hanya memakai pakaian dalam wanita untuk melamar Liao.
Beliau berkata, walaupun beliau tidak kacak dan kaya, beliau bersedia
untuk menyediakan apa sahaja yang terbaik dan termampu untuk kekasihnya.
Liao menerima lamaran tersebut dan kisah cinta mereka menjadi heboh di dalam internet

Sydney: Nasib menyebelahi model Lara Bingle semalam apabila hukuman
penjara enam bulan yang dikenakan terhadapnya ditangguhkan mahkamah.
Kekasih pelakon Avatar, Sam Worthington itu sebelum ini didakwa di mahkamah kerana kesalahan memandu.
Lara, 26, turut didenda A$2,000 (RM6,046) selepas mengaku salah atas dua tuduhan memandu menggunakan lesen yang dibatalkan.
Majistret Claire Farnan juga mengharamkan model itu daripada memandu selama dua tahun.
Malah, Claire menegur model terbabit supaya tidak menganggap statusnya
sebagai selebriti tidak membolehkan dia terlepas daripada hukuman jika
melakukan kesalahan.
“Undang-undang ini terpakai untuk setiap anggota masyarakat, bukan untuk menyusahkan pemandu,” katanya.
Claire turut menegur rekod pemanduan Lara yang “teruk.” Sementara itu,
peguam Lara Michael Ainsworth mendakwa model itu tidak menyedari
lesennya dibatalkan ketika diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik
pada September 2012.
Dia turut dihentikan polis ketika memandu pada Oktober dan November tahun lalu kerana memandu tanpa lesen.
“Anak guam saya agak jahil mengenai perkara membabitkan pentadbiran
kerana selalunya semua itu diuruskan orang lain bagi pihaknya,” katanya.
Lara berpindah ke New York sejak mula menjalinkan hubungan dengan Worthington, 37, tahun lalu.
Pada Februari lalu, Worthington turut dihadapkan ke mahkamah kerana menumbuk seorang jurugambar di New York.
Bagaimanapun, Worthington mendakwa melakukan perbuatan itu untuk melindungi Lara.- AFP