Seksi - Sudah lah seksi, jahil pulak tu...

Sydney: Nasib menyebelahi model Lara Bingle semalam apabila hukuman penjara enam bulan yang dikenakan terhadapnya ditangguhkan mahkamah.

Kekasih pelakon Avatar, Sam Worthington itu sebelum ini didakwa di mahkamah kerana kesalahan memandu.

Lara, 26, turut didenda A$2,000 (RM6,046) selepas mengaku salah atas dua tuduhan memandu menggunakan lesen yang dibatalkan.

Majistret Claire Farnan juga mengharamkan model itu daripada memandu selama dua tahun.

Malah, Claire menegur model terbabit supaya tidak menganggap statusnya sebagai selebriti tidak membolehkan dia terlepas daripada hukuman jika melakukan kesalahan.

“Undang-undang ini terpakai untuk setiap anggota masyarakat, bukan untuk menyusahkan pemandu,” katanya.

Claire turut menegur rekod pemanduan Lara yang “teruk.” Sementara itu, peguam Lara Michael Ainsworth mendakwa model itu tidak menyedari lesennya dibatalkan ketika diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik pada September 2012.

Dia turut dihentikan polis ketika memandu pada Oktober dan November tahun lalu kerana memandu tanpa lesen.

“Anak guam saya agak jahil mengenai perkara membabitkan pentadbiran kerana selalunya semua itu diuruskan orang lain bagi pihaknya,” katanya.

Lara berpindah ke New York sejak mula menjalinkan hubungan dengan Worthington, 37, tahun lalu.

Pada Februari lalu, Worthington turut dihadapkan ke mahkamah kerana menumbuk seorang jurugambar di New York.

Bagaimanapun, Worthington mendakwa melakukan perbuatan itu untuk melindungi Lara.- AFP

Panas - Kempen sambil berbogel, teman wanita Ronaldo dilabel `wanita tiada kelas’

Sepanyol – Model Irina Shayk, yang juga teman wanita bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, telah dilabelkan sebagai `wanita tiada kelas’ .

Ia susulan imejnya dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kad tertulis Bring Back Our Girls, iaitu kempen yang dianjurkan bagi menyokong usaha pihak berkuasa menyelamatkan hampir 300 pelajar perempuan yang diculik pelampau di Nigeria.

Irina yang dikenali sebagai model yang banyak bergambar untuk baju renang itu memuat naik gambar dia memegang kertas bertulis Bring Back Our Girls dalam Facebook dan Instagram miliknya.

Tindakannya itu mendapat cacian ramai kerana dia disifatkan sebagai tidak ada perasaan dan tidak menghormati kempen berkenaan.

“Ini adalah sesuatu yang benar-bena hina, jahil dan menjelikkan. Berhenti memuaskan nafsu sendiri.

“Awak menggunakan penculikan pelajar miskin ini sebagai langkah mempromosikan diri sendiri. Ia amat memalukan.

“Apa kata awak gunakan wang hasil menjadi model selama ini dan dermakan kepada pertubuhan yang berusaha keras untuk membebaskan gadis-gadis ini.

“Wajah saja cantik, tapi tiada kelas,’’ itu antara cacian yang diterimanya dalam Facebook dan Instagram sebaik sahaja dia memuat naik gambar berkenaan.

Kempen Bring Back Our Girls ini dianjurkan dengan melibatkan selebriti seluruh dunia bagi menyokong usaha membebaskan hampir 300 pelajar itu yang diculik oleh kumpulan Boko Haram di Nigeria.

Usaha menyelamatkan pelajar berkenaan itu turut disertai pasukan tentera Amerika Syarikat, Britain dan China.

(Video) Nampak Macam Pakai Seluar Tapi Sebenarnya Wanita Ini Hanya Berseluar Dalam Je !


Sarah Baboro, Davide Lesage, dan Marie Przybylski melakukan eksperimen sosial yang unik, aneh, dan menggoda.

Dalam video ini, seorang model wanita seksi hanya memakai seluar dalam bertali halus.

Kemudian, dirinya dilukis dengan teknik body-painting yang menggunakan cat biru sehingga seolah-olah memakai seluar.

Bagi menampakkan ketulinan lukisan tersebut, coraknya dilukis seperti seluar jeans.

Model tersebut kemudiaan berjalan di jalanan, menempuh ramai orang. Anehnya tidak ada yang menyedari wanita ini sebenarnya tidak memakai seluar. Hanya sebahagian kecil orang yang menyedarinya.

Sebagian besar, beranggapan wanita ini mengenakan jeans super ketat. Beberapa lelaki yang sedar akan hal ini, mahu bergambar dengan model tersebut. Video yang dimuatnaik pada akhir April lalu dan sudah ditonton lebih dari 6 juta.