"Dasyat" Wanita Cedera Gara-gara Mangkuk Tandas Meletup..

Wanita Cedera Mangkuk Tandas Meletup
SEBUAH mangkuk tandas di sebuah bar tiba-tiba meletup dan mencederakan seorang wanita yang baru sahaja duduk di atasnya.
Kejadian yang berlaku di Barcelona itu dipercayai akibat mampatan gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas tersebut.
Menurut pihak bomba, tandas tersebut terlalu kotor selain mempunyai masalah pengalihan udara.
Sebaik sahaja wanita itu memetik suis lampu tandas, ia mencetuskan percikan api pada gas dan menyebabkan letupan.
Wanita itu kini dirawat di hospital kerana mengalami kelecuran darjah ketiga di kedua-dua belah kakinya dan luka akibat serpihan porselin mangkuk tandas yang pecah.
Oleh: ELZA
(Sumber: David Jackson.Info)