Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana

Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
MAMPUKAH anda menjaga 194 ekor kucing dengan baik dalam satu-satu masa?
Rasanya tak ramai yang sanggup memikul tanggungjawab sebesar ini seperti yang dilakukan oleh gadis bernama Nor Aifaa Syazny Norzilan dari Pulau Pinang.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Menerusi Facebook OH!Meow, Aifaa kini dalam percubaan untuk mengumpul dana bagi menampung kos perubatan, makanan dan tempat tinggal untuk 194 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya sejak sembilan tahun lalu.
Menurutnya, kesemua kucing itu kini ditempatkan di sebuah unit pangsapuri yang terletak di Air Itam dan kos bulanan untuk penjagaan haiwan itu mencecah ribuan ringgit.
Gadis Jaga 194 Ekor Kucing Mohon Bantuan Dana
Aifaa turut menghabiskan masa antara lima hingga enam jam setiap hari untuk membersihkan kediaman tersebut bagi memastikan ia bersih untuk kucing-kucingnya.
Melihat gambar yang disertakan, kami yakin kucing tersebut dijaga dengan baik kerana bulunya cukup bersih dan ia kelihatan sihat.
Selain memohon bantuan untuk penjagaan kucing-kucing itu, Aifaa turut membuka peluang kepada pencinta haiwan untuk mengambil kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan mereka agar kebajikannya  lebih terbela.
Bagi mereka yang ingin membantu Aifaa, salurkan derma anda melalui akaun CIMB: 8600961579.
Anda juga boleh melayari Facebook Aifaa’s Shelter Home Sweet Home untuk maklumat lanjut.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY