Mungkinkah ! Kehilangan Pesawat MH370 Adalah Misteri Pada Peringkat Ini..

Kehilangan Pesawat MH370 Masih Menjadi Misteri?MUNGKINKAH kehilangan pesawat Boeing 777-200 bagi penerbangan MH370 boleh disifatkan sebagai satu misteri yang belum dapat dirungkai sejak awal pagi tadi?
Bayangkan, pesawat itu disifatkan sebagai yang kedua paling selamat dan canggih oleh laman web SOAR.
Bagaimanapun, dalam kejadian ini, MH370 yang berlepas pada jam 12.41 pagi itu hilang dari radar dan langsung tidak dapat dikesan pada jam 2.40 pagi sehinga ke saat ini.
Kebiasaannya, jika berlaku sebarang masalah teknikal pada pesawat, juruterbang masih dapat berhubung dengan lapangan terbang tertentu untuk membuat pendaratan cemas.
Dalam kes MH370 pula, ia sepatutnya sudah berada dalam keadaan paling selamat selepas dua jam berada di udara, memetik pandangan penulis blog ‘Musramrakunman’.
Menurutnya lagi, dalam tempoh itu, pesawat sudah berada pada ketinggian 39,000 hingga 40,000 kaki di permukaan laut.
Hanya satu sahaja perkara yang mungkin menyebabkan juruterbang tidak dapat bertindak iaitu apabila berlaku tekanan melampau dalam kabin dan saluran oksigen terhenti.
Peliknya, sehingga saat ini, pesawat itu masih tidak dapat dikesan hatta dengan penggunaan alat teknologi tinggi walaupun ia merupakan pesawat yang cukup canggih.
Sehingga kini, Malaysia masih berusaha mendapatkan maklumat dari beberapa negara jiran yang turut sama membantu dalam mengesan pesawat ini iaitu Filipina, Vietnam dan juga China.
Hanya masa sahaja yang dapat menentukan nasib sebenar para penumpang MH370 yang mungkin akan diketahui sedikit masa lagi.
Oleh: ELZA