Larangan ! Diharamkan Ultraman King sebab Samakan Dengan 'Allah'

Ultraman The Ultra Power

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, pengharaman komik ‘Ultraman The Ultra Power’ adalah berikutan kandungannya yang merujuk watak Ultraman King sebagai Allah.
Menurut kenyataan KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.
“Perintah larangan terhadap bahan penerbitan itu disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah, yang disamakan dengan Ultraman King.
“Kalimah Allah juga kalimah suci umat Islam dan sensitif serta boleh mencetuskan provokasi bagi penganutnya sekiranya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Kenyataan itu juga menyebut jika tidak dibendung, perkara berkenaan boleh memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai. – Harian Metro