MH370 Belum Jumpa Tp - Ada Plak Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam, Disahkan Empat Maut.. .

Lima Maut Di Konsert Bukit Jalil Semalam
Acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, mencatat tragedi apabila sekurang-kurangnya empat penonton konsert maut dipercayai kerana sesak nafas.
Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 Mac 2014 membariskan lebih 70 bintang hebat dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa, antaranya Pharrell Williams dan Yuna.
fmfa2014_1
Konsert anjuran Livescape Asia dan dianggarkan dihadiri lebih 85,000 peminat muzik seluruh dunia ini merupakan sinambungan daripada kejayaan konsert serupa tahun lepas di Sepang yang dihadiri lebih 40,000 orang.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa dilaporkan Berita Harian mengesahkan kejadian ini malah memberitahu, lima lagi individu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). – REM RAMZI