VIDEO: Aksi Comel Kambing Main Plat Aluminium

VIDEO: Aksi Comel Kambing Main Plat Aluminium

Video di bawah menunjukkan pemandangan yang sangat jarang dapat kita saksikan kecuali dalam cerita kartun, iaitu sekumpulan kambing bergembira bersama-sama bermain sejenis permainan yang memang dicipta untuk mereka.
Kelihatannya, permainan itu seperti sejenis plat aluminium yang dibentuk menjadi melengkung dan memerlukan keseimbangan apabila diduduki oleh kambing ini di atasnya.
Keterujaan kambing-kambing ini bermain seterusnya dikongsikan oleh seseorang bernama ‘Max Murs’ di YouTube lantas mendapat perhatian ramai.
Bayangkan, dalam masa dua hari sahaja dimuat naik di YouTube aksi kambing-kambing ini sudah mendapat tontonan lebih 1.9 juta!
Ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana kambing jarang mendapat perhatian sebesar ini seperti kucing atau pun anjing. – REM RAMZI