Trafik Miami Sesak Disebabkan Bayi Tak Bernafas Di ?

2202BayiCPR01
DI sebuah lebuh raya di Miami, kecoh apabila seorang wanita cuba untuk menyelamatkan seorang bayi iaitu anak saudaranya yang menjadi biru akibat tidak bernafas.
Wanita itu keluar dari keretanya kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan di tengah-tengah laluan sibuk Dolphin Expressway, merayu bantuan daripada kenderaan yang lalu lalang menjerit memberitahu bayi itu sudah tidak lagi bernafas.
Ibu saudara kepada bayi itu yang bernama Sebastian de la Cruz, Pamela Rauseo, 37 tahun, berkata beliau memang dipercayai oleh ibu bayi iaitu adiknya untuk menyelamatkannya pada ketika itu.

Kerana situasi mencemaskan itu, trafik di lebuh raya berkenaan terhenti apabila beberapa orang pemandu juga keluar dari kereta untuk membantu.
Akhirnya, Sebastian berjaya diselamatkan.
Menurut laporan akhbar Miami Herald, seorang pemandu Lucila Godoy, 34 tahun, mula memberikan CPR kepada bayi itu.
Tugas melakukan CPR kemudian diambil oleh seorang anggota polis Miami Amauris Bastidas yang bergegas ke tempat kejadian.
“Saya mengangkat bayi itu dan menggerakkannya ke atas dan ke bawah, kemudian bayi itu mula menangis dan bernafas semula,” kata Bastidas.
Menurut Lucila, bayi itu rupanya dilahirkan dalam keadaan pra-matang dan mengalami masalah pernafasan.
Sebastian pada satu ketika berhenti bernafas semula memaksa ketiga-tiga individu di lokasi itu terus menekan dada bayi itu memberikan pernafasan melalui mulut agar dia bernafas semula sebelum pasukan perubatan kecemasan tiba tidak lama selepas itu.
2202BayiCPR02
Pasukan Bomba dan Penyelamat Miami mengejarkan Sebastian ke hospital. Seorang jurucakap memaklumkan bayi comel itu kini berada dalam keadaan stabil. – MYNEWSHUB.MY

Oleh : IBNU K