PaNas!!! ‘Along Kemasek’ Ditembak Mati Ketika Hayun Parang Panjang Ke Arah Polis

'Along Kemasek' Ditembak Mati Ketika Serang Polis


Seorang lelaki ditembak mati ketika menyerang anggota polis di Jalan Airport Kerteh, Kemaman, Terengganu petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Along Kemasek cuba diberkas empat anggota polis selepas menerima maklumat bahawa suspek terlibat dengan kes samun kedai serbanika dan stesen minyak sekitar kawasan Kerteh.
Bagaimanapun semasa hendak membuat tangkapan, suspek telah menyerang salah seorang anggota polis menggunakan parang sepanjang 3 kaki.
Ketika hendak menghayun parang ke arah anggota polis yang terjatuh, anggota lain terpaksa melepaskan tembakan. Salah satunya mengenai perut suspek yang turut membawa bersamanya sebilah pisau lain di pinggang.
Berdasarkan rekod, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau. – REM RAMZI