Beruang Polar Mati Selepas Telan Kot

Beruang Polar Mati Selepas Telan Kot

JERMAN – Seekor beruang polar berusia 25 tahun yang ditempatkan di zoo Wilhelma di Stuttgart, mati semalam selepas binatang itu makan beg dan kot milik pengunjung zoo berkenaan.
Beruang itu dikenali sebagai Anton, telah jatuh sakit sejak beberapa hari lalu dan ketika batuk, ia mengeluarkan cebisan fabrik yang ditelannya.
Susulan itu, kakitangan penjara terpaksa  memberinya ubat bagi memaksa Anton muntah.
Meskipun Anton muntah beberapa helai kot dan beg, namun ia sudah terlambat, ia akhirnya mati.
Anton mati akibat kecederaan dalaman dan sukar bernafas, jika tidak ia masih boleh hidup antara 10 hingga 15 tahun.
Penjaga zoo itu, Andreas Woessner sendiri tidak mengetahui kenapa Anton makan kot dan beg itu.
“Selalunya Anton akan mengoyak barang yang ditemui dalam kandangnya dan saya tidak tahu kenapa ia makan objek itu,’’ katanya.
Ia merupakan kejadian malang terbaru menimpa zoo tersebut yang menyaksikan banyak binatang di situ makan objek asing.
Sebelum ini seekor hippopotamus dikenali sebagai Egon, mati akibat tertelan bola tenis.
Zoo berkenaan berdepan masalah dengan pengunjung yang gemar meninggalkan barang mereka di dalam kandang.
Dianggarkan dalam masa 20 tahun, pihak zoo menemui 200 kasut kanak-kanak, topi yang banyak jumlahnya, kamera, telefon dan beberapa cermin mata.