VIDEO: Iqram Dinzly Melamar Soo Wincci

Pastinya anda terkejut membaca headline di atas kan? Penulis pun berasa terkejut, yelah sebelum ini tak pernah dengar sebarang gosip mengenai mereka, tup-tup dengar cerita Iqram Dinzly dah pun melamar si cantik manis Soo Wincci.
Iqram dikatakan melamar Wincci ketika majlis pelancaran album mini terbaru penyanyi wanita itu di Jalan Ampang, baru-baru ini.




Iqram Dinzly Melamar Soo Wincci?
“Tangan saya mengigil ketika disarungkan cincin oleh Iqram. Benda yang paling lemah bagi saya ialah percintaan dan apabila dilamarnya, memang satu kejutan besar buat saya. Terima kasih kepada Iqram kerana lamaran ini memberi memori yang indah buat saya,” kata penyandang gelaranMiss World Malaysia 2008 itu yang dipetik menerusi portal Gua.

Wincci juga mendedahkan dia mula rapat berkawan dengan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu selepas berjumpa dalam satu majlis dan memandangkan Iqram tinggal berdekatan dengan rumahnya, menjadikan mereka sering keluar menghabiskan masa bersama-sama berdua.
Walau bagaimanapun, Wincci tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dirinya tidak mahu memikirkan soal jodoh sekiranya namanya masih belum terpahat di Hollywood.