Al-fatihah - Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia

Berita sedih dari rakan-rakan artis, ini kerana pagi tadi kita telah kehilangan dan pergi takkan kembali seorang lagi seniwati ke rahmatullah iaitu Seniwati terkenal negara Azean Irdawaty telah menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 63 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada jam 8.25 malam tadi. Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah yang telah dialaminya sejak beberapa tahun lalu.





Lakonan terakhir beliau dalam filem talentime dan terkenal dengan gelaran 'ratu air mata' telah mula menciptaa nama sejak tahun 1970 dan mula membintangi dalam layar perak melalui filem Esok Masih Ada. Allahyarhamah meninggalkan suaminya Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga seniwati Azean Irdawaty dan para peminatnya...Al-fatihah