Nak Elak Dicekup Khalwat, Lelaki Sanggup Dakwa Kekasihnya Itu ‘Mak Sedara’!!!

Nak Elak Dicekup Khalwat, Lelaki Dakwa Kekasihnya Itu 'Mak Sedara'!
TAMPIN – “Ini mak saudara saya,” jawab seorang lelaki berusia 43 tahun apabila ditanya mengenai hubungannya dengan seorang wanita ketika diserbu oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah premis rumah kedai dekat bandar ini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan sempena Ops Mungkar yang melibatkan kira-kira 20 anggota penguatkuasa JHEAINS itu, lelaki berkenaan berada di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.

" Anak Durjana Diibaratkan" Sanggup Pukul Ibu Dengan Batang Besi

Pukul
KUALA TERENGGANU – Dek kerana amarah, seorang remaja lelaki tergamak memukul ibunya sendiri dengan batang besi dalam satu kejadian pada 12 Februari lalu.
Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila berjaya ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada ibunya yang berusia 45 tahun dengan sebatang besi, kira-kira jam 2.10 petang di sebuah rumah di Kampung Pengadang Baru, di sini.
Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh sampai tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Majistret, Rozianti Mohamed Hanaphi kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Mac depan.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna. – Sinar Harian Online

"Bernafsu Syaitan" Bapa Saudara Sanggup Meliwat Pelajar... (Detik Hitam)

Diliwat
SABAK BERNAM – Hasrat seorang pelajar tingkatan satu menziarahi neneknya yang tinggal berhampiran bertukar detik hitam apabila dia diliwat bapa saudaranya sendiri di sebuah bilik tingkat atas rumah terbabit, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, remaja lelaki tersebut dipercayai datang ke rumah neneknya untuk berjumpa wanita berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja sampai di rumah itu, nenek mangsa tiada di rumah sebaliknya yang ada hanya suspek dianggarkan berusia 30-an bersama-sama seorang lagi abang dan kakak iparnya di ruang tamu rumah berkenaan.
“Mangsa sempat duduk di ruang tamu rumah itu kira-kira lima minit sebelum suspek mula memasang jerat dengan menyuruh mangsa naik ke biliknya di tingkat atas untuk mengambil pengecas telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar memberitahu, semasa berada di dalam bilik itu, mangsa kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran suspek yang masuk ke dalam bilik dan kemudiannya bertindak menutup pintu dan menolak sofa untuk menyendal pintu dari dalam.
“Suspek yang gagal mengawal nafsunya itu terus menindih dan membuka seluar mangsa sebelum bertindak memegang kemaluan walaupun ketika itu mangsa menendang dada suspek dan cuba melarikan, diri tetapi sempat ditarik oleh suspek dan dicampak ke atas katil.
“Suspek kemudiannya meniarapkan remaja itu dan kemudiannya meliwat mangsa sebelum mangsa akhirnya bertindak ganas dengan menendang suspek hingga menyebabkan bapa saudaranya itu terjatuh,” katanya.
Katanya, berang dengan tindakan terkutuk bapa saudaranya itu, mangsa yang sempat memakai seluar terus menuruni tangga bawah rumah berkenaan.
“Ketika dia menuruni tangga, seorang lagi bapa saudaranya dan isteri yang berada di ruang tamu rumah mengesyaki sesuatu apabila melihat mangsa melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa lalu memaklumkan kepada ibu mangsa.
“Kedua-dua pasangan suami isteri itu bisu, dan hanya memaklumkan kepada ibu mangsa melalui kiriman mesej menerusi laman sosial Facebook,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa terus mencari anaknya itu dan membawa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.
“Pasukan forensik polis juga telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Klang untuk pemeriksaan doktor,” katanya. - Sinar Harian Online