Dah Nak Pilihan Raya, Azmin Masih SERANG Khalid Ibrahim!

MB Selangor KANTOI Lagi, PKNS Nafi Gugur Azmin Ali!
PETALING JAYA – Konflik terbuka dua pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor makin berpanjangan apabila Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak melanggari undang-undang dalam isu penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mendakwa Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai ‘senjata politik’ terhadap musuh politiknya.
“Pemecatan secara tiba-tiba kakitangan PHSB di bawah perintah Menteri Besar bukan sahaja melanggar undang-undang pekerjaan tetapi terlalu tidak berperikemanusiaan.
“Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Tan Sri Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Selasa lalu PHSB memecat 22 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.
Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat penamatan kontrak itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa.
Sebelum ini wujud dakwaan bahawa Mohamed Azmin terlibat dalam pelantikan kakitangan PHSB yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan menerima gaji yang tinggi.
Selain itu Mohamed Azmin yang sebelum ini turut digugurkan daripada ahli lembaga pengarah PKNS menggesa Abdul Khalid selaku pengerusi perbadanan itu membatalkan pemecatan 22 kakitangan PHSB itu.
“Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah.
“Saya menyeru pihak berkenaan membatalkan dengan segera surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor berhubung tindakan yang tidak bertimbang rasa ini,” katanya. - mStar Online

Perompak Stesen Minyak Mati Dipukul Orang Awam Di Jinjang

Perompak Stesen Minyak Mati Dipukul
Kuala Lumpur – Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok.
Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati.
Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu.
Siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian. -Harian Metro

SOAL SELIDIK: Murid Sekolah Rendah Di Nilai Ditanya Pernah Onani, Seks Luar Tabie?

SOAL SELIDIK: Murid Sekolah Rendah Di Nilai Ditanya Pernah Onani, Seks Luar Tabie?
Kementerian Pelajaran menunggu maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN) berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah kebangsaan di Nilai.
Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.
“Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.
“Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia,” katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya pagi ini.
Semalam dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks yang didakwa berlaku di satu sekolah rendah di Nilai.
ADUN Nilai J Arulkumar dan ADUN Senawang P Gunasekaran berkata mereka dimaklumkan perkara itu oleh seorang ibu bapa pelajar berusia 10 tahun minggu lepas.
Antara soalan yang ditanya adalah sama ada pelajar pernah melakukan onani atau menonton bahan lucah dan sama ada mereka mempunyai kawan istimewa atau kekasih.
Pelajar juga didakwa turut ditanya jika mereka mempunyai minat terhadap sesama jantina atau berhasrat untuk menukar jantina mereka.
Selain itu mereka juga didakwa ditanya jika mereka ada bertukar-tukar pasangan, melakukan seks sejenis, melakukan seks di luar tabie atau mengamalkan perancangan keluarga. – Malaysiakini.com