SERIUS : Wanita Ini Guna Mercun Letupkan Kemaluan Teman Lelaki


Seorang wanita Russia Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya.

Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.



Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.

Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya.Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital.Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun.

Pentas diserbu Sambutan Ambang Tahun 2014 di Dataran Merdeka dihentikan ! (3 GAMBAR)




Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.



Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. 

Ketika berita ini ditulis pukul 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif. - Lapor UTUSAN ONLINE

Apa nasib saya selepas mati nanti? - Mizz Nina


Melihat personaliti terbaru Mizz Nina yang berhijab sememang menyerlahkan lagi kecantikan wanita urban itu. Keputusannya untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan haji awal Oktober mengejutkan ramai pihak namun tetap menyokong keputusan Nina.
Meskipun terkenal dengan imej urban dan seksi suatu ketika dahulu, Nina menegaskan penghijrahannya itu adalah datang dari hatinya sendiri dan bukanlah suatu paksaan daripada sesiapa. Menurut Nina, dia mahu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang muslimah sebaik mungkin.


““Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.““Saya akui mula-mula rasa gugup sebab saya tak biasa bertudung namun saya sangat suka melihat orang pakai tudung. Cantik!“”Kadang-kadang ada masa saya curi-curi mencuba pakai tudung dan tonton tutorial di YouTube. Semakin lama, semakin saya rasa yakin.““Selepas pulang dari Mekah tempoh hari, saya bulatkan hati dan tetapkan iman untuk berhijab penuh kerana Allah Taala,” katanya. jelas Nina.
Menurut Nina, dia bersyukur kerana dibukakan pintu hatinya sebelum terlambat dan yakin bahawa inilah jalan hidup yang terbaik untuk semua umat manusia di dunia. Keinginan untuk berubah didorong kuat oleh hatinya sendiri apabila sering berfikir mengenai nasibnya selepas mati.
““Seperti yang kita biasa dengar, ‘Islam adalah cara hidup yang sempurna’. Itu adalah kebenarannya. Saya diberi hidayah ini, seribu rahmat dan kesyukuran hanya Allah SWT sahaja yang tahu,” ujarnya merendah diri.
““Dari saat itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya berada di jalan yang benar, di landasan agama Islam.
“”Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?” ujar Nina.
Nina juga bersyukur kerana suaminya, Noh adalah orang yang paling gembira dengan penghijrahannya.