Isu ini mula hangat pertengahan tahun lalu di mana seorang
gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya
pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus
(UAI).
Namun, tak semena-mena isu ini kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.
Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak
keluar oleh Ustaz Azhar malah Ustaz itu juga difahamkan sudah siap
menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.
Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik
pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang
dihadapinya.
Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan
kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis.
Kan pelik tu?
Oleh: AUDREY LEE
Kisah cinta seorang tukang paip di bandar Dongguan, China dan teman wanitanya bukanlah sebuah cerita yang biasa.
Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki yang dikenali sebagai Lian ini
bekerja di Zhang Mut Tao dan hanya memperoleh gaji beberap ribu yuan
sahaja setiap bulan.
Berbanding dengan kekasihnya, Liao, gadis ini datang dari keluarga yang
kaya dan mempunya kelulusan akademik yang tinggi dari luar negara.
Baru-baru ini pasangan kekasih ini menjadi tajuk berita utama dalam
akhbar-akhbar tempatan dan online apabila Lian berjalan dua kilometer
dengan hanya memakai pakaian dalam wanita untuk melamar Liao.
Beliau berkata, walaupun beliau tidak kacak dan kaya, beliau bersedia
untuk menyediakan apa sahaja yang terbaik dan termampu untuk kekasihnya.
Liao menerima lamaran tersebut dan kisah cinta mereka menjadi heboh di dalam internet