Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak mahu
lagi memegang jawatan menteri besar Selangor untuk penggal akan datang.
Bagaimanapun, beliau menafikan keputusannya itu dibuat atas desakan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.
“Ia adalah keputusan saya, saya telah membuat keputusan lebih awal,
kita perlu beri peluang kepada golongan muda untuk tonjol kepemimpinan
mereka sama ada parti politik atau negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan
Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Padang
Majlis Perbandaran Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.
Semalam, Abdul Khalid dalam laman Twitternya berkata: “Saya
tidak bercadang menjadi menteri besar untuk penggal yang ketiga. Tapi
saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).
“Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam akaun Twitternya itu.
Sementara itu, Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata himpunan
bertemakan “Pekerja Bersatu Rakyat Maju” dihadiri kira- kira 2,000 orang
untuk menyambut Hari Pekerja.
Himpunan itu bermula seawal pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11 pagi tadi.
- Bernama
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Julia Ziegler menafikan khabar angin mengatakan seorang pelakon wanita mabuk teruk ketika menjalani pengambaran di Sydney, baru-baru ini.
Menurut laporan berita itu, klue yang diberikan banyak terarah kepada
pelakon tersebut sehingga ramai membuat telahan memang Julia lah orang
yang dimaksudkan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Julia menjelaskan, “eh, mana ada, mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai)”.
“Memanglah saya jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai
terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini. Siapa yang mengadu,
siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh
macam ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Kalau betul awak tak buat, tak payah takut lah Julia, lama-lama orang
pun akan berhenti bercakap mengenai perkara ini kalau tak de bukti yang
jelas. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE