Artis - Fadzil Zahari Tidak Tolak Jodoh Dengan Yana Samsudin


Jelas sekali Yana Samsudin mahupun Fadzil Zahari sangat berahsia mengenai hubungan ‘cinta’ mereka. Walaubagaimanapun, Fadzil sendiri tidak menolak jika sudah tertulis jodohnya bersama gadis 29 tahun yang kelihatan semakin jelita itu.
Hubungan baik yang sudah terjalin selama empat tahun rasanya sudah cukup matang untuk diletakkan pada satu fasa yang lebih serius. Fadzil mengaku mereka berkawan rapat sejak empat tahun lepas. Mereka mula berkenalan ketika pengambaran filem Rempit V3 yang diarahkan oleh abang Fadzil, Farid Kamil.
Namun pasangan ini lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan kepada umum.
“Keserasian kami buatkan saya selesa bersama Yana. Setakat ini kami belum lagi berbincang perihal nak berumah tangga. Tapi kalau di masa akan datang, kalau sudah ditakdirkan saya terima. Sekarang memang kami di fasa berkawan baik”
BACA: Yana Samsudin Cuba Buka Hati Untuk Bercinta & Kahwin Tahun Ini
Di usia yang mencecah 31 tahun memang dia sudah terfikir untuk berkahwin. Namun karier dan juga syarikat yang baru dibina memerlukan komitmen yang terlalu tinggi menyebabkan Fadzil memperlahankan dahulu soal jodoh.
“Saya dah 31 tahun, memang saya dah nak kahwin. Tapi sekarang komitmen saya pada syarikat terlalu besar. InsyaAllah lepas dah stabil sikit syarikat saya ni nanti, saya akan kembali memikirkan soal jodoh secara serius”
Fadzil Zahari juga berkata yang Yana Samsudin sudah berjumpa dengan kedua ibu bapanya — malah mereka pernah makan bersama.
“Yana sudah jumpa kedua ibu bapa saya. Tapi secara kebetulan, tidak dirancang pun. Kadang kadang sedang kami makan kat restoran, rupanya mak ayah saya juga makan kat tempat sama,” terang Fadzil mengakhiri perbualan ketika ditemui semalam. (rtky/bsr)





Panas ! Bapa Tiri Bernafsu Buas Telah Rakam Foto Separuh B0GEL Anak Perempuan..


(Gambar Hiasan)


Sejak awal Januari lalu, seorang lelaki berusia 57 tahun menyelinap masuk ke dalam bilik tidur anak tiri perempuannya yang berusia 14 tahun setiap malam untuk merakam gambar separuh bogel remaja terbabit yang sedang tidur.


Rahsia perbuatan kejinya itu hanya terbongkar pada jam 11.30 pagi, kelmarin apabila isterinya yang berusia 42 tahun iaitu ibu kandung mangsa, menemui puluhan gambar separuh bogel remaja terbabit dalam telefon bimbit suaminya itu di rumah mereka di Taman Dagang, Ampang.




Bimbang keselamatan anak perempuannya itu, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Ampang.



Menceritakan semula keejadian itu, sumber berkata, ketika suspek mandi, wanita terbabit memeriksa telefon bimbit lelaki berkenaan dan terkejut menemui gambar separuh bogel anak perempuannya yang tidur dalam telefon itu.



"Berang dengan kejadian itu, wanita itu segera mendapatkan suaminya dan meminta penjelasan mengenai gambar berkenaan" katanya.



Sumber itu berkata, selepas didesak lelaki terbabit mengaku menyelinap masuk ke dalam bilik anak tirinya itu dan merakam gambar berkenaan ketika remaja itu tidur.



"Perbuatan suspek menyebabkan berlaku pertengkaran antara pasangan itu selama 10 minit sebelum lelaki terbabit meninggalkan rumah," katanya.






Dalam laporannya kepada polis, wanita itu mendakwa dia berkahwin dengan suspek setahun lalu selepas kematian suami.



Menurut wanita itu, suami barunya itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak awal Januari lalu dengan menyelinap masuk ke dalam bilik anaknya ketika lewat malam.



Tambahnya, wanita terbabit kini mempertimbangkan menuntut cerai dengan lelaki itu kerana bimbang keselamatan anaknya jika terus bersama suaminya itu.

Padah!!! Kerana Video Seks Pelajar Sekolah Jadi Hamba Nafsu Teman Lelaki







BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

"Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.