Gempak ! Gara-Gara Cemburu, Suami Pukul Dan Bakar Isteri

Gara-Gara Cemburu, Suami Pukul, Bakar Isteri
KOTA BHARU – Gara-gara cemburu selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan petrol sebelum membakar wanita itu.
Dalam kejadian 11.30 pagi semalam di luar rumah mangsa di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, wanita berumur 30 tahun itu  melecur di muka dan kedua-dua tangan dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Supt Idris Rafar berkata sebelum kejadian, mangsa juga dipukul dan ditampar suaminya sebelum bertindak mencurah petrol dan membakar isterinya itu.
“Suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kedatangan anggota keluarga mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta tampil membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

SELAMBA ! Lelaki Tidur Tak Ingat Dunia Dalam MRT, Buat Macam Rumah Sendiri..

GAMBAR: Lelaki Tidur Tak Ingat Dunia Dalam MRT

KELAKAR.. beginilah aksi dua lelaki yang dilihat tidur di dalam MRT Singapura kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.
Boleh dikira tidur tahap tak sedar apa-apa dah, salah seorang daripada lelaki berkenaan yang kelihatan meletakkan tangannya dalam seluar menindih rakannya yang seorang lagi.
train2gallery
Dalam gambar lain, salah seorang daripada mereka kelihatan sudah berada di atas lantai tren – namun kedua-dunya tetap nyenyak tidur seolah-olah berada di rumah.
Gambar kedua-dua lelaki yang dipercayai mabuk ini dikirim oleh penumpang MRT kepada laman web singaporeseen.stomp.com.sg. - REM RAMZI

Polis Terkejut Mendapati Budak 9 Tahun Pandu SUV !!!

Polis Terkejut Budak 9 Tahun Pandu SUV
Seorang bapa di Yingkou, Liaoning, China didenda selepas didapati bersalah membenarkan anak perempuannya yang baru berusia 9 tahun memandu kenderaan di jalanraya yang sibuk.
Kesalahan itu disedari polis apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) didapati dipandu secara perlahan di Jalan Qinghua, 25 Februari lalu.
Selepas ditahan, anggota polis yang bertugas terkejut apabila mendapati ia dipandu seorang kanak-kanak dengan bapanya duduk di sebelah manakala si ibu berada di tempat duduk belakang.
Bapa yang dikenali sebagai Tang memberitahu polis, mereka dalam perjalanan ke hospital dan dia tidak dapat memandu kerana menghadapi masalah kesihatan.
Dia menambah, anaknya itu sudah beberapa kali belajar memandu di rumah dan mampu mengendalikan kereta dengan baik.
Mengikut undang-undang di China, pemilik kenderaan boleh dikenakan denda hingga 2,000 Yuan (RM1068) bagi kesalahan membenarkan kenderaan dipandu individu yang tidak berlesen.
Umur minima untuk memohon lesen memandu di China adalah 18 tahun. – REM RAMZI
Sumber: Global Times China