Gempar ! Pasang Kamera CCTV Dalam Tandas Wanita Hospital

Kuantan: Tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.



Gambar hiasan
Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.


“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.


Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

Sumber: pilihan-anda

Foto: Paris Hilton tanpa seluar dalam di pesta pre-Grammy Awards

Paris Hilton tahu benar bagaimana caranya tampil mencuri perhatian saat berpose di permaidani merah . Datang ke acara pesta pre – Grammy Awards yang diadakan Diddy di Boulevard 3 , Los Angeles , AS , Khamis ( 23/1/2014 ) , Paris sengaja mengenakan pakaian telus .

Gaun hitam dengan terperinci sequin itu menjadi perbincangan kerana mempunyai




MAKLUMAT ! Siti Nurhaliza Bakal Duet Dengan Cakra Khan

Siti Nurhaliza Jawab Isu Tiru Lagu Rihanna


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dilaporkan bakal berduet dengan penyanyi seberang, Cakra Khan.
Siti menyatakan lagu duetnya dengan Cakra akan dimuatkan dalam album solo terbaharunya kelak.
Cakra Khan Harungi Kesusahan Sebelum Dikenali Ramai
Malah, Siti menjelaskan projek duet ini adalah di atas permintaan pengurusan Cakra yang mahukan beliau berduet dengan penyanyi lelaki tersebut.
“Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya.
“Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengagumi suaranya yang unik dan merdu,” katanya memetik laporan mStar.
Sebelum ini, Siti pernah berduet dengan Hafiz dan juga artis antarabangsa, Sean Kingston.
Oleh: AUDREY LEE