HANYA untuk siri peranti Windows Phone. Syarikat laman sosial
gergasi Facebook kini berkeputusan untuk menghentikan perkhidmatan
Facebook Messenger bagi pengguna Windows Phone.
Bermula hari ini, hampir kebanyakan pengguna peranti ini telah
menerima mesej dari laman sosial tersebut yang menyatakan bahawa
aplikasi tersebut akan dihentikan tanpa sebarang sebab atau maklumat
lanjut.
Menurut kenyataan tersebut, Facebook tidak lagi menggunakan Facebook
Messenger bagi Windows dan aplikasi tersebut akan dihentikan mulai 3
Mac, 2014.
Anda tidak perlu risau, aplikasi ini masih berfungsi seperti biasa pada peranti Android dan iOS termasuk komputer dan tablet.
“Mengemaskini” beberapa perkara “kecil” seperti ini merupakan amalan
biasa bagi kebanyakan syarikat. Mungkin ini bermaksud Facebook bakal
menggunapakai integrasi aplikasi Whatsapp pada laman mereka tidak lama
lagi?
Sumber: Lowyat
OMG : Sky Burial, Upacara Pengkebumian Yang Ngeri di Tibet (10 Photos & Video NSFW)
Di Tibet, satu upacara pemgkebumian yang sangat berlainan dengan
kepercayaan kita adalah Sky Burial. Mayat/Jenazah akan dibawa ke puncak
gunung yang tinggi dan didedahkan agar boleh mengumpan burung untuk
makannya. Selepas kesemua daging pada mayat tersebut telah habis
dimakan, tulang akan dikutip dan dihancurkan agar boleh dimakan oleh
burung tersebut. Upacara ini telah diamalkan berkurun lamanya kerana
kepercayaan mereka mengenai "Reincarnation"/Life After Death. Mereka
percaya yang mayat tidak diperlukan kerana si mati akan dilahirkan
semula.