[ 7 Foto ] Model Terkenal Indonesia Ditahan Separuh Bog*l
Seorang model terkenal Indonesia, Novie Amelia ditahan setelah
kereta Honda Jazz yang dipandunya merempuh sekumpulan pengguna jalan di
sepanjang Jalan Gajah Mada, Ketapang di sini beberapa hari lalu.
Lebih mengaibkan, ketika ditahan, dia dalam keadaan separuh bogel!
Che Ta tak sanggup dimadukan
PELAKON Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia
yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin
terniat untuk berbuat demikian terhadapnya.
“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang
dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari
nanti ia terjadi, saya terima.
"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga,
reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-ALLAH,”
katanya.
Menurut Che Ta, dia hanya sanggup dimadukan dalam watak rekaan yang dilakonkannya.
Baru-baru ini, dia terbabit menjayakan sebuah telefilem khas terbitan
Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul
Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty
Abdullah.
Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Che Ta, yang
sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.
"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama
ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan
kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk
dimadukan.
“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk
suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan,"
ujarnya dipetik sebuah portal.
Madu akan ditayangkan malam ini pada jam 10 malam, di saluran TV3, menerusi slot Festival.
Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan dirinya yang mungkin
sudah berbadan dua, Che Ta menafikannya dan menganggap dia dan Zain yang
berkahwin pada 11 Disember lalu masih lagi belum mempunyai rezeki anak.
“Saya belum mengandung. Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami
mengharapkan yang terbaik untuk itu. Kini pun kami masih dalam 'mood'
berbulan madu," tuturnya.
SinarHarian
MELAKA – Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga.
Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: “Cikgu, tunggu saya akan
rogol anda, tidak lama lagi.”
Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini
berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang
yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu.
“Dia (guru) trauma kerana anak muridnya berani membuat ugutan seperti
itu,” kata rakan mangsa, guru berusia 29 tahun dari Alor Gajah di sini
yang kini mengajar di sekolah terbabit.
Murid lelaki itu didakwa bertindak mengancam guru tersebut kerana
ingin mempertahankan seorang rakannya yang tidak dilantik sebagai ketua
kelas.
Guru berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya,
Sungai Petani, ketika menerima ugutan tersebut kira-kira pukul 10.30
malam, 13 Februari lalu.
Beliau yang dalam keadaan ketakutan meminta suaminya untuk memeriksa
siapa yang menghubunginya dan mendapati panggilan itu dibuat oleh
seorang kanak-kanak lelaki.
Suaminya turut menghubungi nombor tersebut semula dengan menggunakan
telefon awam dan seorang lelaki dipercayai berusia sekitar 30-an
menjawab panggilan itu.
Lelaki itu kemudiannya mengaku anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbit miliknya.
Dia turut memberitahu akan menghukum kanak-kanak lelaki itu dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.
Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lalu.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan polis.
Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai
pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, mereka telah meminta ibu
bapa kanak-kanak lelaki itu datang ke sekolah tersebut hari ini (Isnin).
“Kita ingin mengenal pasti apa yang mendorong kanak-kanak itu untuk
membuat ancaman tersebut kepada gurunya dan sama ada kanak-kanak itu
memerlukan bantuan psikiatri,” katanya.
Kanak-kanak lelaki itu turut diberitahu tidak hadir ke sekolah pada Ahad. – mStar