NAMPAKNYA ada berita gembira yang kami dengar mengenai pelakon Hanez Suraya.
Khabarnya, status bujangnya bakal bertukar menjadi isteri orang pada tahun ini.
Bakal suaminya merupakan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dan sudah pun bertemu dengan keluarga Hanez.
Menerusi Metro Ahad semalam, majlis pertunangan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.
Dengarnya lagi, mereka mungkin akan bertunang selama enam bulan sebelum dinikahkan.
Apa pun, kami doakan segala perancangan Hanez dan bakal suaminya berjalan lancar selepas ini.
Pasti peminat pun tak sabar untuk melihat wajah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati pelakon jelita ini.
Oleh: ELZA
Ikon fesyen popular, Victoria Beckham mendedahkan rahsia
kebahagiaan rumah tangga yang sudah 15 tahun dibinanya bersama bintang
sukan tersohor dunia, David Beckham adalah kerana mereka berdua saling
menyokong karier di antara satu sama lain.
Ketika ditemu bual majalah Allure keluaran terbaru, Victoria
mengatakan, “David adalah seorang yang sangat berbakat (dalam bidangnya)
dan juga seorang suami yang penyayang. Saya menyokong dia sejak dari
dahulu lagi dan dia sangat berbangga dengan saya. Dia juga sentiasa
menyokong saya”.
Antara pengorbanan yang dibuat Victoria adalah ketika mengambil
keputusan untuk mengikut suaminya berpindah ke Amerika selepas bekas
pemain Manchester United itu mengikat kontrak dengan pasukan bola sepak
LA Galaxy pada tahun 2007 dan ternyata keputusan itu turut memberikan
kebaikan buat dirinya.
Ini kerana, keghairahannya dalam bidang fesyen dapat diteruskan di
sana selain Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice itu turut menjadi
antara pelopor fesyen yang terlibat pada saban tahun dengan Minggu
Fesyen New York.
Keserian hidup pasangan Beckham turut diwarnai dengan ragam
keempat-empat anaknya yang semakin membesar iaitu Brooklyn, 15, Romeo,
12, Cruz, 9, dan Harper, 3.
Fanpage Oh! Media melaporkan bahawa salah seorang daripada pelajar yang pernah terabit dalam satu kes buli di Pulau Pinang pada tahun 2013 telah meninggal dunia.
Berikut petikan pada fanpage berkenaan;
“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang Jaya yang femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu?
Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.
Di tengah yang pakai baju merah (gambar di atas) tu namanya Allahyarham Munir.
Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang.
Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor
Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu
dia tercampak dan meninggal dunia.
Arwah meninggal pada pagi Jumaat.
Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang
Jaya jam 1. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas
kebajikan dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid.
Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa
buli tersebut.”
Psst: Semoga ditempatkan dengan orang yang beriman. Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media dan fanpage Oh! Media.