SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Kenneth
Haskins tergamak membakar unit kediaman apartment yang didiaminya selain
menghancurkan empat lagi kediaman jirannya di Tampa, Florida, baru-baru
ini.
Menurut Tampa Bay Times, Haskins, 58, mengambil keputusan membakar
bangunan apartment tersebut kerana bengang dengan pengurusannya yang
melarang dirinya daripada melakukan onani secara terbuka.
Ini kerana sebelum ini dilaporkan dia gemar melakukan
perbuatan terkutuk itu di tingkap serta di pintu rumahnya sehingga
menggangu ketenteraman penduduk di situ.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Suspek dipercayai sudah tinggal di apartment itu sejak 10 tahun lalu dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Wajah Haskins juga hampir tidak dapat dikenali selepas dia melepaskan tembakan ke arah wajahnya sendiri selepas insiden itu.
Suspek yang tidak dibenarkan diikat jamin telah ditahan di Penjara Orient Road.
Oleh: AUDREY LEE
POPE Benedict XVI iaitu ketua tertinggi penganut Kristian
Katolik di seluruh dunia pada ucapannya kepada orang berbangsa Arab
tidak pun menggunakan kalimah Allah untuk menggambarkan Tuhan.
Pada awalnya sebuah laman berita antarabangsa dikenali sebagai
Commonweal melalui penulisnya Michael Peppard menyatakan dalam satu
artikel bertajuk “Pope Benedict : ‘May Allah Bless You All”.
Penggunaan kalimah Allah oleh Pope Benedict dipersoalkan oleh banyak
pihak yang mendengar ucapan itu, mengatakan Pope tidak menggunakan
kalimah Allah.
Dalam artikel tulisan Michael itu, dikatakan hanya ada satu perkataan
yang digunakan oleh Pope untuk menggambarkan Tuhan iaitu Allah.
Bagaimanapun, Michael mengakui kesilapannya dan kemudian
menukar artikel berkenaan kepada perkataan sebenar yang digunakan
pemimpin tertinggi Kristian Katolik itu.
Teks ucapan itu yang diterjemahkan dari bahasa Itali ke Bahasa Arab boleh dibaca di laman web Vatican City berbunyi :
“Pope berdoa untuk semua penceramah berbahasa Arab, Semoga Tuhan memberkati kamu semua,”