Cabaran Kumpul Dana RM1 Bilion Alumni UiTM

Alumni UiTM Disaran Jana Sumbangan Wakaf
BAGI memastikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus berkembang sebagai institusi pengajian tinggi terulung di rantau ini, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh menyarankan agar Persatuan Alumni UiTM berusaha menjana sumbangan wakaf.
Ia berdasarkan jumlah keahlian alumni UiTM yang telah melebihi angka 500,000 orang graduan.
Mengambil contoh universiti-universiti terulung dunia yang memperoleh sumbangan kewangan yang cukup tinggi, Idris berkata, secara tidak langsung ia membolehkan pelbagai usaha peningkatan penyelidikan dapat dijalankan selain bergantung kepada bantuan kerajaan.
Menurutnya, Universiti Harvard adalah antara institusi yang mempunyai kekuatan kewangan melebihi nilai RM100 bilion.
“Saya lihat perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil berdasar jumlah keahlian alumni UiTM yang mencecah angka setengah juta orang. Jika setiap dikalangan ahli beri sumbangan RM2,000, maka hasrat menjana RM1 bilion ini akan mampu direalisasikan,” ujarnya.

BN Sarawak Terima Keputusan Taib Untuk Bersara

BN Sarawak Terima Keputusan Taib Untuk Bersara
KUCHING – Kesemua empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini mencapai kesepakatan untuk menerima keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan dan menyokong sesiapa sahaja yang beliau pilih menggantikannya.
Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib sebagai presiden, kesepakatan itu disuarakan menerusi presiden parti komponen BN lain iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Progresif Demokratik Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak).
“Kesemua pemimpin bersetuju untuk bekerja keras sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016 dan Yang Amat Berhormat Pehin Sri (Taib) memberi jaminan beliau sentiasa sedia untuk memberi nasihat kepada kami,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin berkenaan serta anggota Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat PBB di sini.
Taib, menurut Dr Rundi, menegaskan bahawa tiga pemimpin PBB — Timbalan Presiden Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem — merupakan bakal penggantinya.
Ditanya sama ada pengumuman Taib semalam membayangkan tarikh khusus persaraan dan bakal penggantinya, Dr Rundi menjawab: “Hanya Tuhan dan beliau (Taib) saja yang tahu.” – BERNAMA

Gaya Selebriti Di Red Carpet Anugerah Meletop

meletop (1)
Walaupun fesyen merepek Neelofa teruk dikritik dan dikecam sebilangan besar peminat hiburan tanah air, tak dinafikan ramai juga artis dan selebriti yang hadir pada Anugerah Meletop Era yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, semalam tampil kacak dan menawan bagi menghormati penganjur majlis.
Antara yang kelihatan cantik dengan persalinan yang digayakan mereka ialah Lisa Surihani, Siti Saleha, Nabila Huda dan Emma Maembong.
Sementera itu, artis lelaki juga tidak ketinggalan bergaya sakan pada majlis tersebut antaranya Iz OIAM, Zizan Razak dan Hafiz Suip.
Jom saksikan fesyen-fesyen yang penulis rasakan ‘meletop’ pada anugerah penuh berwarni-warni yang dihoskan Nabil, Neelofa dan Dato AC Mizal itu.