VIDEO: Comel.. Kanak Teruja Main Hujan

VIDEO: Comelnya.. Kanak-kanak Teruja Main Hujan

Comel… itulah yang boleh dikatakan apabila menonton seorang anak kecil bernama Kayden begitu teruja dan gembira merasa titis hujan jatuh ke mukanya buat kali pertama.
Kayden yang tinggal di Britain kelihatan amat takjub melihat hujan hinggakan enggan masuk ke rumah.
Telatahnya ini dirakam oleh anggota keluarga yang juga terhibur melihat telatahnya.
Seronoknya menjadi kanak-kanak, kadang-kadang perkara mudah pun boleh menerbitkan kegembiraan yang luar biasa, kan?
Mungkin orang dewasa boleh belajar daripada video ini untuk lebih menikmati hidup dan bersyukur dengan apa pun yang diberikan Tuhan termasuk cuaca. - REM RAMZI

Sungguh Ironik… Kemalangan Ketika Temubual Televisyen Pasal Kemalangan

Temubual Kemalangan


JALAN raya di Afrika Selatan dikatakan membunuh ramai rakyat negara itu kerana keadannya yang terlalu teruk.
Ia terlalu teruk sehingga satu kemalangan terjadi ketika wakil rasmi kerajaan ditemubual oleh wartawan di tepi sebatang jalan raya ketika membuat pemeriksaan di situ.
Seorang wakil keselamatan untuk wilayah Barat Laut Afrika Selatan, Mahlakeng Mahlakeng sedang bercakap dengan seorang wartawan dari stesen televisyen SABC berkenaan dengan keadaan jalan raya di kawasan itu.
Kemalangan itu, melibatkan dua buah kereta, kereta di belakang sedang ditarik menggunakan tali oleh kereta hadapan sebelum kereta di hadapan tergelincir dari jalan raya.
Ia ketika Mahlakeng menjelaskan berkenaan keadaan jalan raya di kawasan itu iaitu jalan Lichtenburg-Koster yang terus meragut nyawa rakyat Afrika Selatan ekoran keadaannya.
“Pada ketika kita sedang berbicara ini, jalan raya di sini terus meragut nyawa rakyat negara kita,” kata Mahlakeng sebelum kemalangan itu terjadi.
Dalam kemalangan itu, tiada siapa yang mengalami kecederaan tetapi menurut SABC seorang pejalan kaki nyaris dilanggar kedua-dua kereta berkenaan. – IBNU K/Mynewshub.my

Taib Mahmud Sah Letak Jawatan KM Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Petra Jaya – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sah meletak jawatan dan bakal mengumumkan penggantinya dalam tempoh terdekat.
Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.
Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib. – BH Online