RTM: Sitkom 88 Kopitiam Dihenti Siaran

rtm
KUALA LUMPUR – Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
“Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.
RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya. - BERNAMA

Luna Maya Seksi Dan Tampil Tak Pakai Bra Di MLM2013 Semalam?

Luna Maya Seksi, Tak Pakai Bra Di MLM2013 Semalam?
Seperti kita sedia maklum, antara isu yang mengiringi Maharaja Lawak Mega 2013 yang berakhir malam tadi adalah lawak Nabil dalam salah satu persembahannya yang mengungkit kisah lama juri tetap MLM2013, Luna Maya.
Tindakan Nabil itu mengundang kecaman banyak pihak yang menganggap dia sudah menjatuhkan air muka Luna Maya meskipun tuan punya badan sendiri dilihat ‘cool’ sahaja dengan perkara ini.
Apa pun, ia boleh dianggap selesai menerusi permohonan maaf yang dibuat Nabil dalam rancangan MeleTOP minggu lepas, selain Astro sendiri dikatakan telah menghubungi Luna Maya bagi menjernihkan keadaan.

3f2f9786900311e3948212ff5e681f83_8

Sepahtu Melawak Penjara Dan Satay – Penyokong Kata Itu Hina Anwar

Sepahtu Lawak
MALAM tadi, kumpulan Sepahtu telah berjaya memenangi gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 mengalahkan empat peserta akhir lain sekaligus menggondol hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi dari Astro.
Kumpulan Shiro mendapat tempat kedua, sementara ketiga Bocey, keempat Jambu dan tempat kelima dimenangi oleh Nabil.
Dalam dua persembahan akhir semalam, Sepahtu membawa tema penjara dan berbicara mengenai Satay di Kajang dalam persembahan tema bebas mereka di bahagian pertama.
Pada segmen kedua, Sepahtu mengambil tema perbualan dalam keluarga berkenaan Syuib yang ingin mencari teman wanita.
Hari ini kumpulan Sepahtu terus menerima kecaman daripada pihak yang pro-Pakatan Rakyat apabila lawak Sepahtu yang menggunakan set seperti penjara dan ia dikatakan menghina Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.