Susulan isu penyanyi dipaksa buka tudung

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi sambilan mendakwa dipaksa turun pentas pada majlis makan malam anjuran sebuah syarikat pembinaan di sebuah pusat konvesyen di ibu negara pada 18 Jan lepas kerana bertudung.
Ketika kejadian, wanita itu mendakwa beliau berada di pentas utama setelah dijemput menyanyi oleh kumpulan muzik untuk majlis makan malam itu namun diminta turun oleh seorang pengarah syarikat berkenaan.
“Pengarah itu berkata kepada saya, bertudung tidak sesuai dengan majlis itu,” kata Marinatasha Isnariah Mustapar dalam sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di sini semalam.
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dalam sidang media itu mengesahkan menerima aduan daripada penyanyi sambilan itu.
Freddie berkata isu diskriminasi terhadap wanita bertudung tidak seharusnya berlaku dinegara ini dan berharap pihak yang terlibat tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.
“Mereka harus tampil untuk selesaikan secara baik, kami (Karyawan) akan menulis surat kepada pihak pengurusan Castmet Sdn Bhd bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberitahu Bernama, syarikatnya tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa.
“Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung,” kata Tan. – BERNAMA

Lagi Panas ~ Yuna tunjuk Ketat di perut dan seksi dikritik peminat

Dulunya, Yuna ialah artis kegemaran dan idola peminat bukan kerana kecantikannya tetapi penampilan beliau yang sentiasa bertudung dan menutup aurat.Sehinggalah beliau bertapak di Eropah, fesyen penampilannya tetap sama dan tidak berubah. Meskipun begitu, sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan penyanyi lagu Terukir Bintang itu.

Sekeping gambar Yuna yang mengenakan baju hitam ketat paras pusat badan telah dimuatnaik di laman Facebook. Gambar itu menerima kritikan hebat daripada ramai peminatnya di laman sosial. Rata-rata mereka melahirkan perasaan kecewa dan terkilan. Mereka mahukan Yuna yang dulu.


Sememangnya perkongsian gambar berkenaan mengejutkan kerana sesiapa pun boleh melihat susuk tubuh Yuna malah lubang pusat pada perut beliau. Lebih menarik, gambar itu turut disertakan dengan caption yang jauh berbeza maksudnya berbanding gambar tersebut.

Laporan Asal sapaceroh

Inilah Perbuatan Kejam ~ Budak perempuan 5 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh Dengan Kejam

DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Sumber Gambar: Twitter MycrimeWatch

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Berita Harian