Gambar HOT Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal, menang kes nafkah



Gambar HOT Shafnie Zainuddin, bekas isteri AC Mizal - Bekas model dan pengacara, Shafnie Zainuddin berjaya dalam tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah semalam bagi mengubah perintah nafkah dua anak hasil perkahwinannya dengan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.

Selain itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah juga membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.

Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuatkuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.

Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie Azmi Rais, manakala AC Mizal, 44, gagal hadir dan peguam syarie Aishah Din memaklumkan anak guamnya sedang menjalani penggambaran sehingga Februari. - Kosmo






LAGI PANAS: FASHA SANDHA BALAS DENDAM KERANA IBU DIHINA?

Jika sebelum ini ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man naik berang gara-gara segelintir peminat Nora Danish yang dikatakan menghentam anaknya berkaitan isu ilmu sihir. Namun kini Fasha pula berang? Kesabaran Fasha seolah-olah dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibu Fasha di laman sosial.
fashasandhagemok1
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
FS
Menerusi komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah Fasha bertindak membela ibunya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anak.

FS2
Akibatnya, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta. Ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan. Namun Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan.
FS1
Dalam pada itu, suami kepada Fasha iaitu Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai turut mempertahankan isterinya kerana menganggap gangguan tersebut sudah melampaui batas hingga dikhuatiri mampu mengganggu keharmonian keluarganya.

Laporan Asal arenasensasi


CUN : Pilot Tercantik Pertama Di Malaysia


Inilah Pilot Wanita Cantik Yang Pertama Di Malaysia - Captain Norashikin Onn rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang. Norashikin merupakan juruterbang wanita pertama di Malaysia.

Pilot Pengangkutan AirAsia ini baru saja mendapat gelaran Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan Malaysia.
“Saya sangat senang kerajaan memberikan banyak perhatian kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin seperti dipetik The Star, Isnin (26/11/2012).



Wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi yang pertama sebagai Flight Commander di AirAsia. Ia juga yang mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang mengendalikan pesawat berbadan lebar untuk penerbangan komersial di Malaysia.
Ia memberi mesej kepada semua wanita di dunia. Apa yang di-impikan boleh diraih dengan usaha dan jerih payah.

“Tidak ada yang tidak mungkin. Reach for the skies,” tuturnya.
AirAsia sendiri merupakan syarikat penerbangan kos penjimat dan terbesar di Asia. AirAsia mempunyai rangkaian laluan luas iaitu lebih daripada 100 laluan yang meliputi destinasi-destinasi di Asia dan Australia.

Dalam kurun waktu 10 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 140 juta penumpang dan menambah jumlah armadanya dari hanya dua pesawat hingga menjadi lebih dari 100 pesawat