Guru mualaf dipaksa tanggal tudung untuk ajar di SJKC

Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.Ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian
 
Guru mualaf dipaksa tanggal tudung untuk ajar di SJKC
gambar hiasan saja
Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.
“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.
“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.
“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

Apabila Air Terjun Tertinggi Dunia, Niagara Falls Beku Di Kanada (5 Gambar)

Dengan rekod baru suhu yang begitu rendah di USA dan Kanada, Air Terjun yang menjadi kebanggaan ramai juga mampu beku. 




JOHAN RAJA LAWAK CUKUR KEPALA (3 GAMBAR)


KUALA LUMPUR 13 Januari. - Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) yang berada di Tanah Suci Mekah kini sudah membotakkan kepalanya setelah beberapa tahun berimej rambut panjang dan berjambang.

Melalui gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram milik isterinya, turut menjelaskan Johan membotakkan rambutnya itu atas sebab peribadi.

"Alhamdulilah, ini hasil semalam. Bak kata suami saya, kalau nak botak atau gunting rambut pun biarlah bersebab." Demikian antara yang ditulis oleh Ozlyn Wati yang turut menunaikan umrah bersama suami.



Sebelum berangkat ke Mekah, penyampai radio Era FM ini juga telah memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd. Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan dirinya.

Walaupun Johan menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini, Hakim bagaimanapun akan menetapkan jumlah ganti rugi yang harus dibayar pihak defenden pada 23 Januari depan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jun 2010, Johan menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

SUMBER: UTUSAN ONLINE