Harga Kangkung Turun, Najib Gesa Rakyat Puji Kerajaan (VIDEO)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia supaya memuji kerajaan kerana berjaya menurunkan harga kangkung di Malaysia.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir dan meraikan sukarelawan peringkat nasional di Kemaman, semalam.
Beliau menjelaskan harga barangan meningkat kerana pelbagai sebab dan faktor termasuk keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan barangan mengalami kekurangan bekalan.
“Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji,” katanya.

Laporan Asal wowberita

Misteri!!! Gadis Hamil 6 Bulan Tapi Masih Dara



Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.

Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti.

Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.


Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusan yang diterima tetap sama.

“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama. Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.

Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar.

Gambar: Apek dan Leuniey bakal timang cahaya mata perempuan

Kalau tak silap Kami, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Apek akan bergelar ibu bapa. Mengikut jadual, Leuniey akan melahirkan anak sulung mereka pada penghujung bulan ini. Pastinya kini mereka berdua sudah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata itu di tangan sendiri.



Beberapa lagi gambar Leuniey sedang sarat mengandung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.