Bila Mat Salleh ‘Gila’ Durian ? Jawabnya Ditibai Sampai 10 Biji Sehari !

MESKIPUN durian dianggap ‘Raja Buah’ di kalangan penduduk tempatan, tidak semua orang khususnya Mat atau Minah Salleh mampu memakannya.
Antara alasan mereka ialah baunya yang ‘busuk’ dan rasanya yang pelik sehingga pernah dijadikan salah satu cabaran untuk rancangan Fear Factor.
Bagaimanapun, bagi seorang pelajar Sweeden iaitu Gabriel Granback, 23, buah durian kini menjadi salah satu buah yang paling digemarinya sejak mula-mula merasainya dua minggu lalu.
“Saya mula-mula merasainya sewaktu di Thailand. Ia sangat sedap. Kemudian saya membuat kajian menerusi internet dan mendapati durian paling sedap datangnya dari Pulau Pinang.
“Rasanya umpama ‘fudge vanila berkrim dengan coklat’. Saya boleh memakannya untuk sarapan, makan tengah hari dan malam,” ujarnya yang mampu menghabiskan 10 biji durian sehari.
Atas minat yang begitu mendalam terhadap durian, dia sanggup menghabiskan RM500 di sebuah ladang durian di Balik Pulau, Pulau Pinang sepanjang empat hari di sana. Tabik!
Oleh: ELZA