Wanita Iras Angelina Jolie - Tikam Lelaki Yang ‘Tak Mampu’ Beri Kepuasan Seks Padanya !!!

angelina jolie
Romania – Seorang wanita gila seks dengan wajah seiras pelakon Angelina Jolie telah dikenakan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah menikam seorang pemandu teksi.
Luminita Perijoc, 31, berbuat demikian kerana lelaki itu, Nicolae Stan, 35, tidak mampu lagi mengadakan hubungan seks kali ketiga berturut-turut dengannya.
Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Perijoc, dikatakan mengambil ubat ketika kejadian tersebut berlaku.
Pemandu itu, Stan, memberitahu polis bahawa Perijoc, telah mengacukan pisau kepadanya dengan niat memaksanya melakukan hubungan sekas pada 2012.
Dia mendakwa bertemu dengan Perijic ketika menghantar beg wanita itu ke rumahnya di Tulcea.
Selepas beberapa jam Stan beredar dari rumahnya, Perijic kemudiannya menghubungi semula Stan untuk memintanya mengambil beberapa botol wain di rumahnya.
Ketika lelaki itu masuk ke rumahnya, Perijic didakwa mengacu pisau sepanjang 10 cm dan memaksa lelaki itu menanggalkan baju
“Dia memaksa saya melakukan seks dengannya sambil mengacu pisau. Dia tidak pernah puas dan meminta seks berulang kali.
“Apabila saya enggan lagi mengikut kemahuannya, dia menikam saya,’’ kata bapa kepada tiga anak itu.
perijoc_taximetrist_nicolae_stan_sursa_foto_www_realitatea_net
Stan memberitahu dia berjaya melepaskan diri selepas mengunci diri dalam bilik tidur dan menghubungi 999 dengan telefon bimbitnya.
Polis telah mengesahkan Stan telah dibawa ke hospital dan badannya dipenuhi dengan 12 kesan luka tikaman.
“Ia amat teruk. Saya kini seperti selebriti, semua orang bercakap mengenai saya.
“Orang ramai bertanya kepada saya kenapa saya menolak wanita itu, tapi mereka tidak merasakan bagaimana saya berdepan dengan perempuan gila yang mengacukan pisau ke muka.
“Apabila mereka melihat wanita itu dan kemudian melihat saya, mereka ketawa. Adalah mustahil melakukan seks dengan pisau terhunus di leher, walaupun perempuan itu adalah Ratu Cantik Romania,’’ katanya.
LUMINITA-PERIJOC