Kejadian Pelik - Budak 16 Tahun Sembunyi Di Ruang Roda Pesawat, Sempat Rentas Lautan Pasifik!

hawai
HONOLULU: Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI

Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri. 

Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam. 

Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya. 

“Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak,” katanya. – AP