MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini Di Teruskan

MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini
CANBERRA – Sebanyak 10 pesawat dan sembilan kapal akan membantu operasi mencari pesawat MH370 hari ini, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
JACC yang diwujudkan semalam dan diketuai bekas Mashal Udara Angus Houston di Perth bagi menyelaraskan peranan kerajaan Australia dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pusat itu juga akan menyalurkan maklumat secara tepat kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan dan memaklumkan kepada pesawat mengenai maklumat terkini.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kawasan pencarian akan meliputi 120,000 kilometer persegi, barat Perth.
Pesawat dan kapal yang terbabit operasi terbabit ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia; Ilyushin IL-76 China; P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat; Gulfstream Jepun; P3 Orion Korea Selatan; P3 Tentera Udara Diraja New Zealand dan P3 Orion Jepun serta sebuah pesawat awam yang menyediakan bantuan sistem komunikasi. – Xinhua