ISU - Seorang Sahabat Menyatakan Bahawa Kapten Zaharie Lebih Mementingkan Keselamatan Penumpang Dalam Tugasnya..

SEGERA: Zahid Sahkan Polis Pergi Ke Rumah Kapten Zaharie


Salah seorang rakan baik kepada juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mengatakan dia yakin sahabatnya itu seorang yang sangat komited dengan tugasnya dan amat mementingkan keselamatan penumpang yang berada dalam pesawat kendaliannya.
Menurut sahabat Zaharie yang tidak didedahkan namanya itu, seperti yang dipetik menerusi Astro Awani, “jika sesuatu yang buruk berlaku kepada pesawat tersebut, saya yakin yang beliau akan meletakkan keselamatan pesawat itu lebih daripada dirinya sendiri”.
Kapten Zaharie juga digambarkan sebagai seorang yang sangat meminati dunia penerbangan sehinggakan dia turut memiliki simulator sendiri di kediamannya yang terletak di Shah Alam.
Penyiasatan kini tertumpu kepada latar belakang semua anak kapal dan penumpang MH370 seramai 239 orang.
Oleh: AUDREY LEE