Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Dibelasah Teruk.. Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang lima pelajar perempuan tingkatan lima di hadapan sekolah !!!



Hanya kerana didakwa tidak menghormati pelajar lebih senior, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diserang lima pelajar perempuan tingkatan lima di hadapan sebuah sekolah, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang sedang menunggu ibunya menjemput untuk pulang ke rumah terkejut apabila tiba-tiba didatangi lima remaja terbabit yang terus bertindak memarahi dan memaki hamunnya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian mula mengepung mangsa sebelum memukulnya dan mangsa dipercayai melawan untuk mempertahankan diri.

“Bagaimanapun tindakan mangsa itu gagal kerana jumlah mereka yang ramai menyebabkan dia ditendang di kaki, perut, disepak dan ditumbuk bertubi-tubi.

“Pelajar lain di lokasi kejadian hanya memerhati dan tidak berani membantu mangsa,” katanya.
Sumber berkata, selepas membelasah mangsa, remaja terbabit memberi amaran dan mengugut supaya dia tidak menceritakan perbuatan mereka kepada guru dan ahli keluarganya.

“Jika mangsa berdegil mereka akan menyerangnya dengan lebih teruk sebelum beredar.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di beberapa bahagian badan, lapor Hmetro.