'PaNas' Laman FB Hina Nabi Telah Tukar Nama.. Awas!!!

FacebookMurtads

KELAB Anak Muda Indera Mahkota (KAMI) Rabu membuat laporan polis mengenai sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Pengerusi KAMI Muhammad Faiz Hashim berkata, pengendali akaun FB yang dikenali sebagai ‘Murtads in Pantai Timur’ (MPT) terbabit yang mendakwa dirinya telah murtad, turut biadab apabila mengeji Rasulullah.
“Akaun ini disedari pada 17 Feb lepas dan kandungan yang diterbitkan mempunyai unsur-unsur menghina agama Islam selain turut menghina cara pemakaian Islam serta mengutuk mereka yang menutup aurat.
“KAMI sebagai anti pengkhianat Islam berasa tercabar, marah, geram dengan kewujudan akaun FB ini kerana jelas menghina Islam selain bertujuan menghasut masyarakat untuk turut serta murtad,” katanya menurut laporan Bernama.
Muhammad Faiz yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota di Kuantan hari ini.
Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun FB berkenaan yang kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.
Pemeriksaan lanjut mendapati laman Facebook berkenaan sudah tidak wujud tetapi yang ada ialah Murtads In Kelantan.
Fullscreen capture 1922014 42411 PM
Daripada satu status terkini (Gambar atas) pengendali laman berkenaan, laman sebelum itu telah pun ditutup oleh Facebook dan mereka membuka laman baru dengan mendapat Likes kira-kira 199. - KUMBANG WIRA/Mynewshub.my