Padah! Lelaki Bangla Ditetak Ketika Cuba Rogol Isteri Orang

Kejadian yg tak disangka ini telah menimpa seorang wanita. Dikatakan seorang warga Bangladesh cuba merogol wanita tersebut dikediamannya di Kampung teluk Wanjah, Alor Setar di sini semalam.

Gambar Hiasan


Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.  Wanita berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh itu yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu. Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian. 
Laporan Asal: Hmetro