Alamak…Wartawan ‘Handsome’ Jadi Tumpuan Penunjuk Perasaan Di Bangkok

Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
BAYANGKAN anda seorang wartawan yang sedang membuat liputan mengenai isu yang sedang hangat berlaku di sebuah negara lain.
Secara tiba-tiba, anda pula yang menjadi ‘isu’ di negara tersebut sehingga setiap gerak langkah anda menjadi perhatian orang sekeliling.
Itulah yang berlaku terhadap wartawan, Daijiro Enami dari Fuji Television Network, Jepun yang datang ke Thailand untuk membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara itu.
Thailand dilanda kekacauan sejak November lalu apabila penunjuk perasaan anti kerajaan menuntut Perdana Menterinya, Yingluck Shinawatra berundur.
Dek kerana kekacakan wajah dan tubuh sasa yang dimilikinya, Daijiro menjadi tumpuan orang ramai sehingga gambarnya tersebar di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
“Tanggalkan baju kalis peluru anda, saya sanggup gunakan tubuh saya untuk melindungi anda,” komen seorang pengguna internet, Noo Khon Dee.
Bukan sahaja para gadis, malah terdapat juga penunjuk perasaan lelaki yang mengambil peluang untuk bergambar dengan Daijiro.
Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
Wartawan Jepun Jadi Tumpuan Di Thailand
Pendek kata, wartawan itu sudah boleh digelar ‘selebriti’ di sana. Macam-macam hal!
Oleh: ELZA
(Sumber asal: International Business Times)