Terkini ~ 'Sultan Melaka' direman 4 hari ?

Lelaki yang mangaku dirinya 'Sultan Melaka' Noor Jan Tuah, 56 ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan pada pukul 9.45 pagi di Mahkamah Ayer Keroh di sini.



Selepas perintah tahanan itu dikeluarkan Noor Jan yang berbaju lokap polis berwarna jingga kemudian dibawa anggota polis memasuki van untuk dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Dalam pada itu, kawasan pintu masuk mahkamah juga turut dikawal oleh beberapa anggota polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.Namun pengikut-pengikut Noor Jan tidak kelihatan di kawasan mahkamah. - Lapor KOSMO!