OMG - Kenapa Dengan Wanita Ini Terapung Dalam Sungai ?


Kes tertidur dalam kelas mahupun pejabat boleh dianggap sebagai satu kes yang biasa. Adakah anda akan percaya jika ada yang tertidur didalam sungai? Namun itulah hakikatnya apabila seorang wanita yang berasal dari China ini dikatakan telah mengambil ubat dengan kuantiti dos yang berlebihan. Ekoran daripada kejadian itu, ketika sedang berjalan dia mengalami masalah mengantuk yang sangat kuat sehinggakan terjatuh ke dalam air. Namun dirinya tetap tidur tanpa berjaga. Peliknya!

Pihak polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, China telah dibanjiri panggilan telefon dari orang ramai yang telah melihat mayat terapung di dalam sungai.

Polis yang bertindak cepat dan tiba di lokasi yang dilaporkan mendapati tubuh seorang wanita muda terapung di atas air.

Dan yang peliknya, wanita itu sebenarnya tidak mati, hanya tertidur di atas permukaan air. Dan yang paling menarik, dia sudah tertidur di situ selama 40 minit.

Seperti yang dilaporkan oleh Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita tersebut bertengkar dengan suaminya di rumah.

Di tengah kerisauan, wanita itu menelan 20 butir ubat dan kemudian berjalan sendirian untuk meredakan kemarahannya.

Malangnya, wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada. Ketika berjalan-jalan, dia mengalami perasaan mengantuk yang sangat luar biasa.

Kerana tidak mampu menahan perasaan mengantuknya itu, dia terjatuh ke dalam sungai yang kebetulan dilaluinya.

Perkara terakhir yang diingatinya mengenai insiden itu adalah perasaan tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air, tapi oleh kerana perasaan mengantuk yang terlalu kuat, dia pun terlelap.

Namun, wanita itu sangat beruntung kerana ketika tertidur tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan mencegahnya dari tenggelam.

Ramai saksi menyatakan bahawa wanita tersebut berada dalam kedudukan tersebut selama 40 minit sebelum polis tiba dan menyelamatkannya.

Sumber : kisahbest.my