CooL : Tablet Samsung Terbaru Dalam Proses Pembinaan

Federal Communications Commission (FCC) adalah agensi di Amerika Syarikat yang mempunyai fungsi seakan-akan SKMM yang terdapat di Malaysia. FCC selalu sahaja akan mendedahkan peranti terbaru yang didaftarkan di bawah mereka bagi membuat penyiasatan terperinci tentang wifi, bluetooth dan sebagainya selamat digunakan oleh pengguna. Terbaru, FCC telah mendedahkan Samsung Tablet terbaru di mana mempunyai saiz di antara 8 hingga 9 inci.


Dalam lakaran gambar di bawah, Samsung nampaknya memberikan prototaip peranti tablet ini kepada FCC dan mereka akan memastikan prototaip ini berfungsi dari segi wifi dan Bluetooth. Setakat ini, tiada gambar prototaip yang berjaya didapati namun peminat Samsung perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama memandangkan ia masih dalam proses pembinaan.

Laporan Asal Skynightz