Cinta Tidak Direstui, Johan As’ari & Lana Nordin Akhirnya Putus Cinta

Sekali lagi pelakon Johan As’ari, 27, menggemparkan semua pihak apabila dia kini dikatakan telah putus dengan aktres seksi Lana Nordin, 34, apabila hubungan cinta yang dicanangkan itu tidak mendapat restu daripada keluarga terutama ibunya.


Berita perpisahan itu, diumumkan sendiri oleh Johan yang mengakui bahawa hubungan cinta mereka itu telah putus kelmarin setelah keluarganya tidak dapat menerima kehadiran Lana Nordin. Menurut Johan, dia terpaksa akur biarpun masih sayangkan Lana namun terpaksa bertindak demikian demi memilih keluarganya.
“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana.
“Keadaan saya cukup tersepit, umpana diluah mati mak, ditelah mati bapa. Syurga di bawah telapak kaki ibu saya. Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga , saya anak derhaka.
“Saya minta maaf, Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana.
“Saya bimbang harapan kami tidak kesampaian. Kami tetap berkawan selepas ini.” katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.

Sebelum ini, nama Johan hangat diperkatakan kerana melamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu sedangkan dia kelihatan begitu rapat dengan penyanyi Shila Amzah. Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan mereka, hinggalah Shila menjauhkan diri dari Johan dengan menyekat Johan daripada menghubunginya.

Sumber